Monday, 31 October 2016

ASSIGNMENT 2: VIDEO

Fadzyla : https://www.youtube.com/watch?v=KFBZxzyReNI
Hui Fen : https://youtu.be/eyXob7c1T5c
Syahirah Amri : https://www.youtube.com/watch?v=HTfxO7z4uWs
Nur Farah Diyaanah : https://www.youtube.com/watch?v=scT_yuKyII8

Tuesday, 11 October 2016

ASSIGNMENT 1
ASSIGNMENT 1

NUR FARAH DIYAANAH BINTI IBRAHIM  A152609

1.
1. Rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam apa jua keadaan.

2. Rakyat perlulah bekerjasama tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan kaum dalam

membangunkan negara.

3. Setiap anggota masyarakat perlu bijak dalam menangani isu-isu yang boleh

menyebabkan perbalahan antara satu pihak dengan yang lain.

4. Toleransi antara satu pihak dengan yang lain perlu dterapkan agar keharmonian negara

berkekalan.

5. Rakyat harus mempunyai sikap berdaya saing supaya pembangunan negara bertambah

rancak.

6. Pemimpin perlu telus dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab memimpin

negara.

7. Pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam memajukan negara.

8. Negara Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara-negara lain

untuk mengelakkan konflik antarabangsa.

9. Generasi muda perlu mempelajari sejarah supaya mendapat pengajaran daripada

kegemiangan dan keruntuhan tamadun-tamadun terdahulu.

10. Generasi muda perlu diberi kemudahan dan galakan untuk menyambung pelajaran di

peringkat yang lebih tinggi supaya daya intelek dapat dikembangkan dan meningkatkan

inovasi dan rekacipta demi kemajuan negara.

2.
Dalam konteks Islam, jihad ialah perjuangan suci demi menegakkan syiar Islam. Jihad terbahagi

kepada dua iaitu jihad kecil dan jidah besar. Jihad kecil adalah melalui peperangan manakala

jihad besar adalah dengan melawan nafsu sendiri. Dari sini kita boleh lihat bahawa Islam adalah

agama yang tidak menggalakkan peperangan. Namun begitu, perkataan jihad telah

disalahertikan oleh kebanyakan pihak terutama media barat dan juga golongan pengganas

seperti ISIS.

Berdasarkan temubual dengan salah seorang sahabat berbangsa India di dalam kelas, beliau

berpendapat bahawa keganasan tidak wujud dalam Islam. Beliau mempercayai bahawa Islam

hanya menggunakan peperangan sekiranya diceroboh atau ditindas. Beliau juga beranggapan

bahawa media Barat hanya cuba memburukkan imej umat Islam.

Rakan berbangsa Cina pula berpendapat bahawa hubungkait Islam dengan keganasan adalah

kerana pemikiran Islamophobia. Beliau beranggapan sesetengah rakyat di negara luar salah

faham terhadap agama Islam kerana mereka tidak memahami adat dan budaya orang Islam,

mungkin kerana mereka tidak didedahkan kepada komuniti Islam. Manakala di Malaysia, orang

Islam dan bukan Islam mampu menjalinkan hubungan yang baik dan mengekalkan keharmonian

sejagat.

Rumusannya, pandangan media Barat tentang Islam, jihad dan keganasan adalah suatu

kenyataan yang pincang kerana ia tidak menepati konteks sebenar jihad itu sendiri. Selain itu,

media Barat hanya mengambil kes-kes terpencil seperti ISIS, Al-Qaeda dan sebagainya untuk

menyamaratakan seluruh umat Islam sebagai pengganas. Namun begitu, individu yang berilmu

dan bijak mencari maklumat tidak mudah untuk mempercayai stigma ini dengan sewenang-

wenangnya.


3.
Tamadun itu

Lambang ketinggian akal manusia

Setinggi pencakar langit yang mampu dibina

Namun, mengapa masih ada yang akalnya pendek

Berbicara berhujah tanpa berfikir

Tamadun itu

Lambang ketinggian budi pekerti

Agama dan etika dijadikan panduan

Namu mengapa masih berleluasa

Bunuh, curi, rompak, rasuah

Adakah benar kita bangsa bertamadun

Atau hanya luaran sahaja

4.
Dalam sebuah negara berbilang bangsa ini, perbezaan pendapat adalah suatu yang tidak dapat

dielakkan. Setiap kaum inginkan hak kaumnya terpelihara. Setiap kaum mahu mendapat

kedudukan yang lebih baik dari kaum yang lain. Mindset ini telah diterapkan dalam jiwa rakyat

Malaysia sejak zaman penjajahan British dahulu lagi. Pihak British telah membezakan setiap

kaum dengan memisahkan penempatan mereka. Melayu ditempatkan di kawasan kampong

untuk bercucuk tanam, India ditempatkan di estet-estet getah untuk menreh getah dan Cina

ditempatkan di lombong-lombong untuk melombong bijih timah. Dasar ‘pecah dan perintah’ yang

diterapkan ini menyebabkan jurang antara kaum yang amat luas.

Pemikiran ini telah mengakibatkan beberapa perselisihan antara kaum di Malaysia. Sebagai

contoh, peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam dalam negara kita. Peristiwa ini

berlaku kerana kemenangan parti Gerakan dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang dianggotai

oleh kaum Cina. Beberapa kes pembunuhan telah berlaku dalam peristiwa ini. Persengketaan

antara kaum beberada di peringkat kritikal pada ketika ini.

Namun begitu, pada zaman moden ini di mana kebanyakan rakyat mempunyai daya intelek yang

tinggi, masing-masing mula boleh berfikir kepentingan bersatu padu demi kepentingan bersama

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa secara umumnya menunjukkan perpaduan yang kukuh

dalam setiap perkara. Perpaduan ini jika diperhatikan lebih kuat apabila negara ditimpa musibah.

Sebagai contoh, peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airline MH317 pada tahun 2014. Pada

ketika itu, seluruh rakyat Malaysia berada dalam kesedihan dan sama-sama memberi sokongan

moral kepada keluarga mangsa yang terlibat. Contoh lain adalah ketika Lahad Datu, Sabah

diserang pengganas Sulu pada tahun 2013. Semua kaum di Malaysia bersatu padu dalam

membanteras keganasan tersebut. Selain itu, sukan juga dapat menyatupadukan rakyat

Malaysia. Sebagai contoh acara sukan Olimpik Rio 2016 telah membuatkan rakyat Malaysia

sama-sama menyokong pasukan Malaysia untuk menang dalam acara yang dipertandingkan.

Perpaduan antara semua kaum amatlah penting kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Sifat perpaduan akan membuatkan negara ini aman dan makmur. Negara yang aman menjamin

ekonomi yang stabil, lalu menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Ini akan

meningkatkan pendapatan negara seterusnya menaikkan taraf hidup rakyat. Perpaduan juga

mengelakkan berlakunya rusuhan yang mampu menganggu ketenteraman awam. Oleh itu,

rakyat dapat hidup tanpa khuatir akan keselamatan diri. Justeru, kualiti hidup dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam setiap keadaan demi mengekalkan

keharminian negara tercinta ini.
ASSIGNMENT 1

MUHAMAD HAZWAN BIN HARUN  A152983

1)
1. Perpaduan penting sebagai satu cara merapatkan jurang antara kaum di Malaysia

2. Mata pelajaran sejarah penting untuk generasi muda menghargai nilai sebuah

tamadun.

3. Setiap individu hendaklah sentiasa menerapkan sifat memajukan diri dari segi akhlak

dan berusaha membentuk sahsiah yg cemerlang.

4. Hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan bagi meningkatkan mutu

kehidupan manusia dari sudut fizikal seperti pembangunan agar seiring dengan

perkembangan zaman globalisasi ini.

5. Menjadi seorg rakyat yg patriotik dengan menjaga rahsia dan kelemahan Kerajan.

6. Pemimpin yang dipilih hendaklah bersikap adil dan saksama terhadap semua bangsa

di Malaysia bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati oleh bangsa lain.

7. Setiap masalah hendaklah di selesaikan dengan cara yg berhemah contoh nya seperti

berdialog agar pertumpahan darah dapat dielakan.

8. Setiap ibu bapa dan masyarakat perlu mendidik golongan muda terutama kanak-kanak

akan nilai murni dan pengajaran agar nilai ini terbentuk dan tersemat dalam naluri

sejak kecil lagi.

9. Undang2 memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan masyarakat di sebuah

negara.

10. Rakyat Malaysia hendaklah memegang erat prinsip nilai murni dan rukun Negara

dalam kehidupan seharian.

2)
Pada masa kini kita dapat lihat pelbagai perspektif masyarakat tentang jihad. Hal ini kerana

sesetengah media barat cuba menggambarkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan

dengan perkataan jihad. Oleh itu, saya telah melakukan suatu temuduga di antara rakan-rakan

saya yang pelbagai bangsa di UKM untuk mengetahui pendapat mereka tentang jihad itu

sendiri.

Pandangan orang cina: saya kurang arif tentang maksud jihad tapi menurut bacaan saya jihad

adalah seperti satu semangat atau keazaman membela agama atau bangsa..lain sekali dengan

definisi barat tentang jihad. Saya tidak pasti tentang kesasihan definisi jihad tapi tiada agama

mengajar keganasan pada pengikutnya, jadi saya pasti jihad bukan sesuatu yang buruk.

Pandangan orang melayu: Jihad berasal dari perkataan arab ‘jahada’ yang bermaksud

bersungguh sungguh. Dari segi istilah jihad bermaksud berperang di jalan Allah. Namun

konteks jihad itu lebih luas dari itu sebagai contoh belajar juga merupakan jihad, mencari

rezki yang halal juga merupakan suatu jihad. Oleh itu, kenyataan barat mengenai jihad itu

sesuatu keganasan adalah tidak benar sekali. Itu hanyalah propaganda mereka bagi

memburuk burukkan umat Islam di mata dunia dan sebagai lesen agar perbuatan mereka yang

menyerang umat Islam seperti di Palestin, Afghanistan dan negara Islam yang lain tidak

dianggap sebagai suatu keganasan namun untuk membanteras keganasan tersebut.

Pandangan orang india: saya berpendapat jihad ini wujud dalam fikiran pengikut yang fanatik

sahaja atau lebih mudah pengikut yang berfahaman radikal. Ini sangat memberi impak

kepada agama tersebut kerana dek kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

3)
Seorang kanak-kanak

Bersari bergelang kaki

Bertindik hidung menguntum seri

Melihat telatah manja

Si comel berdua, bermain, dan tertawa

Dirinya bagai digamit bermain bersama

Berkongsi kemesraan

Menterjemah makna ketamadunan

Ah, kanak-kanak

Biar berlainan agama

Biar berlainan bangsa

Mereka saling bersalaman

Dan berpeluk mesra

Tanpa menghiraukan adat dan budaya

Membina keakraban tanpa curiga

Membentuk perpaduan tanpa prasangka

Bersatu hati membentuk jati diri

Ke arah wawasan lebih bererti

4)
Peristiwa 13 mei yg meragut banyak melibatkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa

dengan keganasan. Konflik ini sangat menghibakan seluruh negara dan memberi impak yang

besar kepada negara kita.

Walaupun begitu, negara Malaysia yang penuh dengan konflik dan permasalahan

politik menjadi lebih matang dan bersatu selepas cabaran demi cabaran. Hal ini dapat

dibuktikan apabila krisis pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013 di mana ianya telah

meragut 68 orang pengganas Sulu dan 10 orang pegawai keselamatan Malaysia (lapan orang

anggota polis dan dua orang anggota tentera islam). Semua warganegara Malaysia tidak

henti-henti mendoakan kesejahteraan pegawai keselamatan Malaysia yang bermati-matian

menghadapi musuh negara. Para pemimpin juga turut bersama-sama rakyat Malaysia menjadi

tulang belakang perjuangan pahlawan Malaysia.

Berdasarkan ingatan saya, Malaysia pada masa itu masih segar dengan krisis dalaman

contohnya Perhimpunan Bersih yang dikatakan sebagai satu komplot menjatuhkan pemimpin

negara. Agak janggal sekiranya perusuh yang telah menyertai Perhimpunan Bersih itu

kembali bersama-sama dengan pemimpin negara membantu pejuang negara melawan musuh

Malaysia. Walau bagaimanapun, peristiwa Lahad Datu itu telah membuka mata warganegara

Malaysia dalam membela nasib rakyat Malaysia yang mempertahankan tanah Sabah dari

dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

Pada persepsi saya, perpecahan berlaku disebabkan terlalu memikir perbezaan antara

kita, walaupun berusaha bermati matian, perkara seperti perpecahan,rusuhan, dan pergaduhan

antara kaum tidak dapat dielakan, tetapi takdir Allah lebih terang lagi nyata contohnya,

dengan peristiwa seperti pencerobohan Kesultanan Sulu itu, rakyat Malaysia bersatu padu

mempertahan kan negara kita, contoh lain ialah kes MH370 yang memberi impak penting

kepada negara kita
ASSIGNMENT 1

Nor Syahirah Binti Mohd Amri   A154362

1)

 Masyarakat mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas agar Malaysia

terus berdiri seiring dengan negara-negara maju lain terutamanya dalam mengejar


arus kemodenan teknologi kini.


 Untuk mengekalkan keutuhan Tamadun Malaysia, rakyat Malaysia mestilah


mempunyai jati diri yang kukuh dan mempunyai semangat cekal untuk


mempertahankan negara.


 Masyarakat Malaysia mestilah berfikiran terbuka untuk menerima sebarang


berubahan dalam tampuk pentadbiran,ekonomi dan kemajuan negara untuk


mencapai wawasan 2020.


 Masyarakat Malaysia haruslah bersifat produktif untuk memajukan negara


daripada segi prestasi ekonomi dan taraf hidup mereka.


 Menerapkan nilai-nilai patriotisme ke dalam diri masyarakat agar rasa cinta


terhadap negara terus utuh.


 Memupuk perpaduan, bersatu padu dan kerjasama diantara kaum dalam apa


jua keadaan agar tidak berlaku kacau-bilau demi mengekalkan kedaulatan negara.


 Sifat disiplin yang tinggi merupakan teras kepada kejayaan perlulah diterapkan


dalam masyarakat Malaysia.


 Masyarakat haruslah bersifat dinamik untuk membina kesepaduan sosial melalui


interaksi dan amalan harian secara langsung langsung atau tidak langsung secara


berterusan.


 Masyarakat mestilah berani menanggung risiko seiring dengan konsep berani


mencuba perkara baru untuk meningkatkan taraf hidup.


 Masyarakat terutamanya remaja haruslah mempunyai sifat kewibawaan sebagai



persediaan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang pada masa akan dating.

2)

Jihad merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam. Konsep jihad telah menjadi isu

yang berbangkit dan sensitif dikalangan masyarakat dunia hari ini akibat daripada pelbagai


fahaman yang salah terhadap pengertian jihad. Jihad merupakan salah satu cara yang digunakan


oleh daulah islam untuk menyebarkan serta menyamapaikan ajaran Islam.


Pada pandangan orang cina dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, jihad sering kali


digambarkan sebagai satu lambang keganasan dan pembunuhan. Bukan itu sahaja, mereka juga


menganggap bahawa agama islam ditegakkan dengan mata pedang. Seperti yang kita tahu, media


barat sentiasa melabelkan islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan. Hal ini ditambah


pula degan pertubuhan yang berbentuk jihad seperti Al-Qaeda, Taliban dan yang terkini adalah


ISIS (the Islamic State of Iraq and Syiria). Al-Qaeda mula mendapat perhatian yang tinggi di


mata dunia apabila melancarkan serangan 11 September 2001 terhadap bangunan WTC dan


Pentagon di New York, Amerika Syarikat. Sehubungan itu, mata dunia mula menunding jari


terhadap agama Islam. Fahaman ekstremisme kumpulan militan ini telah menggunakan alasan


jihad untuk menghalalkan keganasan yang dilakukan. Justeru itu, konsep jihad dalam Islam telah


menjadi salah satu faktor yang menyebabkan masyarakat dunia menganggap Islam sebagai


agama yang kejam. Terdapat juga sebahagian daripada masyarakat bukan islam di Malaysia


mempunyai persepsi negatif dan memandang serong terhadap undang-undang, nilai-nilai dan


budaya yang dibawa oleh Islam. Ada juga yang beranggapan bahawa undang-undang Islam



bersifat kuno dan sebagainya,

3)

Tamadun…

Telah berkali kau hadir,


Berbeza nama,


Berbeza agama,


Berbeza caranya,


Berbeza kekuatannya,


Namun, matlamatnya tetap sama,


Mencipta keagunan,


Tamadun gemilang dimata dunia,


Membangun menjadi contoh,


Panduan kita,


Demi mencapai misi,


Membangun nusa jaya,


Demi bangsa dan negara,



Hargai tamadun kita.

4)

Dalam suatu tamadun, terdapat perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik yang wujud demi

kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Tamadun Malaysia juga tidak terkecuali daripada


mengalami permasalahan sebegini. Seperti yang sudah diketahui umum, Malaysia adalah sebuah


negara yang sangat unik, dimana terdapat pelbagai kaum seperti melayu, cina dan india yang


hidup bersama dibawah satu pentadbiran negara. Setiap kaum atau setiap individu semestinya


mempunyai usul atau pendapat tersendiri untuk mentadbir, mengukuh dan memajukan negara


daripada pelbagai aspek. Oleh itu, semua masyarakat pelbagai agama, budaya dan bangsa mesti


bersatu semula demi masa depan tamadun.


Pada pendapat saya, rakyat Malaysia mestilah bersatu padu apabila terdapat ancaman luar


yang mampu menghuru harakan kedaulatan negara. Pertahanan bagi sesebuah negara juga


banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat


daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara. Hal ini demikian


kerana, hubungan yang harmoni di kalangan rakyat secara tidak langsung akan mewujudkan


sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.


Negara yang kacau bilau terdedah kepada ancaman luar yang melihat ini sebagai peluang campur


tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara sama ada secara halus atau pun


terang-terangan.


Seterusnya, rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk menanggani masalah kemerosotan


ekonomi. Masalah yang sebegini akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara.


Perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat akan memberi satu imej yang kurang baik


kepada pelabur-pelabur asing dan menyebabkan mereka enggan melaburkan modal di negara


kita dek kerana berasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan


perniagaan mereka. Natijahnya, rakyat akan hidup menderita akibat kenaikan harga barang


secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada pelabur di


dalam mahupun dari luar negara. Malah, taraf hidup penduduk juga akan menjadi rendah akibat


ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang demikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi


salah satu factor penting dalam penjanaan ekonomi negara.


Akhir kalam, hubungan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni merupakan elemen


yang sangat penting bagi neagara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin ekonomi dan


politik negara. Justeru itu, hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan


kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan



komited untuk melaksanakan tugas dan taggungjawab masing-masing.
ASSIGNMENT 1

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ISMAIL  A156857

1)
1. Menerapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia agar tidak

mewujudkan jurang antara kaum.

2. Mata pelajaran sejarah hendaklah dititikberatkan kepentingannya dalam kalangan

generasi muda agar kepentingan sesebuah Tamadun tidak dlupakan begitu sahaja.

3. Setiap individu hendaklah sentiasa memperbaiki akhlak seterusnya membentuk

sahsiah yang mantap dalam menempuhi zaman yang semakin kurang generasi muda

yang bersahsiah.

4. Hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan bagi meningkatkan mutu

kehidupan manusia dari sudut fizikal seperti pembangunan agar seiring dengan

perkembangan zaman globalisasi ini.

5. Segala rahsia dan kelemahan negara jangan diperhebahkan kepada pihak asing bagi

menjaga kestabilan negara dari kuasa luar.

6. Pemimpin yang dipilih hendaklah bersikap adil dan saksama terhadap semua bangsa

di Malaysia bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati oleh bangsa lain.

7. Setiap masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa

melakukan sebarang keganasan seperti bermensyuarah.

8. Setiap ibu bapa dan masuyarakat perlu mendidik golongan muda terutama kanak-

kanak akan nilai murni dan pengajaran agar nilai ini terbentuk dan tersemat dalam

naluri sejak kecil lagi.

9. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu diperketatkan agar tidak berlaku banyak

jenayah di mana ia boleh meruntuhkan ekonomi dan pembangunan negara.

10. Setiap warganegara Malaysia khususnya perlu memegang erat lima prinsip rukun

negara di mana setiap prinsip itu mempunyai semangat dalam mengukuhkan tali

persaudaraan rakyat Malaysia.

2)
Pada masa kini kita dapat lihat pelbagai perspektif masyarakat tentang jihad. Hal ini kerana

sesetengah media barat cuba menggambarkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan

dengan perkataan jihad. Oleh itu, saya telah melakukan suatu temuduga di antara rakan-rakan

saya yang pelbagai bangsa di UKM untuk mengetahui pendapat mereka tentang jihad itu

sendiri.

Pandangan orang cina: Saya tidak begitu memahami apa itu jihad sebenarnya. Tetapi saya

tahu jihad bersangkut paut dengan agama Islam. Saya yakin setiap agama yang ada di dunia

ini tidak mengajar penganutnya untuk melakukan kerosakkan atau keganasan seperti yang

dikatakan barat tentang jihad.

Pandangan orang melayu: Jihad berasal dari perkataan arab ‘jahada’ yang bermaksud

bersungguh sungguh. Dari segi istilah jihad bermaksud berperang di jalan Allah. Namun

konteks jihad itu lebih luas dari itu sebagai contoh belajar juga merupakan jihad, mencari

rezki yang halal juga merupakan suatu jihad. Oleh itu, kenyataan barat mengenai jihad itu

sesuatu keganasan adalah tidak benar sekali. Itu hanyalah propaganda mereka bagi

memburuk burukkan umat Islam di mata dunia dan sebagai lesen agar perbuatan mereka yang

menyerang umat Islam seperti di Palestin, Afghanistan dan negara Islam yang lain tidak

dianggap sebagai suatu keganasan namun untuk membanteras keganasan tersebut.

Pandangan orang india: Pada mulanya saya menyangka jihad merupakan keganasan yang

dilakukan oleh umat Islam. Namun setelah saya di tingkatan 4 dan 5, saya mula sedar jihad

bukanlah suatu bentuk keganasan, namun ia hanyalah propaganda barat yang sentiasa ingin

menjatuhkan umat Islam.

3)
Tajuk: Tamadun dan Manusia

Jangan suka mengadu domba,

Kelak memakan diri binasa;

Di Timur Tengah dikenali Madana,

Yang bermaksud tinggi budi bahasa.

Suara merdu membisik pohonan,

Dinyanyi indah oleh Si Nyonya;

Tamadun mempunyai pelbagai terjemahan,

Sahsiah manusia sebagai contohnya.

Malam terang ditemani bulan,

Lagi indah jika berbintang cerah;

Kekuatan tamadun sumber pembangunan,

Membentuk masa depan yang cerah.

4)
Walaupun negara Malaysia penuh dengan konflik dan permasalahan politik, hal ni

tidak sama sekali menjadi punca perpecahan antara kaum. Hal ini dapat dibuktikan apabila

krisis pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013 di mana ianya telah meragut 68 orang

pengganas Sulu dan 10 orang pegawai keselamatan Malaysia (lapan orang anggota polis dan

dua orang anggota tentera islam). Semua warganegara Malaysia tidak henti-henti mendoakan

kesejahteraan pegawai keselamatan Malaysia yang bermati-matian menghadapi musuh

negara. Para pemimpin juga turut bersama-sama rakyat Malaysia menjadi tulang belakang

perjuangan pahlawan Malaysia.

Pada mengamatan saya, pada ketika itu Malaysia masih segar dengan krisis yang

melibatkan politik di mana Perhimpunan Bersih yang telah diwujudkan untuk menjatuhkan

pemimpin negara ketika itu. Agak janggal sekiranya perusuh yang telah menyertai

Perhimpunan Bersih itu kembal bersama-sama dengan pemimpin negara membantu pejuang

negara melawan musuh Malaysia. Walau bagaimanapun, peristiwa Lahad Datu itu telah

membuka mata warganegara Malaysia dalam membela nasib rakyat Malaysia yang

mempertahankan tanah Sabah dari dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

Menariknya krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 ialah kita dapat melihat sejumlah

pengkhianat Malaysia dapat dikesan dan dihukum kerana kesalahan memyebarkan rahsia dan

kelemahan negara kepada pihak asing. Cuba kita imbas kembali sekiranya pengkhianat ini

dibiarkan dan dilepaskan tanpa hukuman, pasti rahsia negara terbongkar dengan luasnya

kepada pihak luar.
ASSIGNMENT 1

NURFADZILAH BINTI SIRAJUDDIN  A153945

1)
Terdapat beberapa cara yang bole diaplikasikan agar tamadun Malaysia akan bertahan

lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor ialah rakyat

Malaysia harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam semua aspek dan

sentiasa nerfikiran kreatif dan inovatif. Rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka dan

mempunyai daya saing yang tinggi. KEgigihan yang dinamik dan keberanian untuk

menanggung risiko harus ada pada setiap rakyat Malaysia. Kerajaan Mlaysia juga

harus menekankan kemjuan dalam bidang pendidikan supaya dapat melahirkan ramai

cendekiawan yang dapat berfikiran secara rasional. Rakyat Malaysia harus

bertoleransi dalam kehidupan seharian bersama penduduk yang berbilang kaum.

Sistem ekonomi dan pertahanan harus dipertingkatkan mengikut peredaran masa.

Rakyat Malaysia juga harus bersifat berdikari dalam semua hal tanpa bergantung

dengan kerajaan semata-mata. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai

oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat. Seseorang rakyat juga

haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk

mewujudkan keamanan dalam negara.

2)
Berdasarkan temuduga saya dengan salah seorang rakan saya yang berbangsa

Melayu, beliau telah mengemukakan beberapa pandangan berkaitan dengan isu ini.

Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa orang Barat sering kali salah tafsir konsep

jihad dalam Islam. Jihad mempunyai maksud yang sangat spesifik iaitu berubah ke

arah kebaikan. Bukan sahaj diaplikasikan dalam perang menggunakan keganasan

tetapi dalam kehidupan seharian juga. Contohnya jika seorang pelajar berusaha untuk

menghadapi peperiksaan dengan baik, itu dinamakan jihad dalam konteks Islam.

Peperangan atau keganasan yang dilakukan oleh segelintir Orang Islam tidak boleh

sama sekali dikaitkan dengan perkataan Jihad. Keganasan atau peperangan yang

dilakukan demi kepentingan sendiri atau dengan JIhad kerana JIhad merupakan salah

satu usaha untuk berusaha ke arah kebaikan yang mementingkan kesejahteraan

bersama.

Apabila saya menemu duga salah satu kawan saya yang berbangsa India , beliau

pula menyatakan bahawa mungkin segelintir orang Islam mengunakan kekerasan

demi meluaskan agama mereka tetapi hal tersebut tidak boleh diambil sebagai Islam

merupakan agama yang mementingkan keganasan kerana beliau mengatakan bahawa

berdasarkan pengalaman beliau bergaul dengan orang Islam, agama Islam amat

mementingkan keharmonian. Beliau tidak memahami akan konsep Jihad tetapi beliau

menyatakan bahawa tindakan orang Barat menonjolkan Islam adalah agama yang

mementingkan keganasan adalah sesuatu yang tidak tepat kerana keganasan

merupakan sesuatu yang dipilih apabila seseorang tidak mendalami agama mereka

dengan betul.

Rakan saya berbangsa Cina pula menyatakan bahawa tindakan orang Islam yang

memilih cara keganasan merupakan tindakan yg salah tetapi pada masa yang sama hal

tersebut tidak boleh disimpulkan sbagai Islam merupakan agama yang menggunakan

keganasan kerana beliau menyatakn setiap agama pasti mangajarkan yang baik sahaja.

3)
NIKMAT TAMADUN

Mari kita imbau

Selembar demi selembar

Episod pembangunan tamadun tanah air

Terdapat berbilang tamadun setia bergema

Yang berbeza budaya ,agama dan bangsa

Dikenali Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina

Inilah barisan peninggalan pemugar tamadun bersusila

Tamadun islam menekankan kesejahteraan sesama manusia

Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi asas pegangan sentiasa

Tamadun India pula digelat Jampu Dripu

Yang mewarisi Rig, Sama, Atharva dan Yajur

Agama Buddha dimegahkan oleh Siddharta Gautama

Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia adalah untuk mengatasi samsara

Perbuatan jahat dijauhi untuk menhindari karma

4)
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun terdapat

perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik. Keamanan dan kedamaian ini dapat

dikekalkan kerana toleransi antara pelbagai parti politik. Justeru itu, kita seharusnya

bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yangmembolehkan kita duduk bersama

serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.Persefahaman yang

telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara pelbagai

pihak kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah

terjalin sejak sekian lama.

  Apabila negara kita diancam oleh pihak luar, pada masa inilah semua pihak harus

brnganding bahu dan bertolak ansur sesama lain bagi mengelakkan pihak luar

mengambil kesempatan atas negara kita apabila telah wujud perselisihan antara pihak

politik kita sendiri. Sesebuan tamadun hanya akan mengecapi keamanan yang nyata

apabila terdapat pihak yang bersifat terbuka dalam menerima pendapat orang lain dan

kekurangan dalam diri sendiri demi kesejahteraan bersama. Apabila terdapat situasi

yang sengit dalam melibatkan kepentingan rakyat, pihak yang bertanggunjawab harus

mengambil keputusan yang wajar dalam memberi keutamaan kepada rakyat dan

bukannya hanya mementingkan pendapat masing2 yang akan menguntungkan satu

pihak sahaja.