ASSIGNMENT 1
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ISMAIL A156857
1)
1. Menerapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia agar tidak
mewujudkan jurang antara kaum.
2. Mata pelajaran sejarah hendaklah dititikberatkan kepentingannya dalam kalangan
generasi muda agar kepentingan sesebuah Tamadun tidak dlupakan begitu sahaja.
3. Setiap individu hendaklah sentiasa memperbaiki akhlak seterusnya membentuk
sahsiah yang mantap dalam menempuhi zaman yang semakin kurang generasi muda
yang bersahsiah.
4. Hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan bagi meningkatkan mutu
kehidupan manusia dari sudut fizikal seperti pembangunan agar seiring dengan
perkembangan zaman globalisasi ini.
5. Segala rahsia dan kelemahan negara jangan diperhebahkan kepada pihak asing bagi
menjaga kestabilan negara dari kuasa luar.
6. Pemimpin yang dipilih hendaklah bersikap adil dan saksama terhadap semua bangsa
di Malaysia bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati oleh bangsa lain.
7. Setiap masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa
melakukan sebarang keganasan seperti bermensyuarah.
8. Setiap ibu bapa dan masuyarakat perlu mendidik golongan muda terutama kanak-
kanak akan nilai murni dan pengajaran agar nilai ini terbentuk dan tersemat dalam
naluri sejak kecil lagi.
9. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu diperketatkan agar tidak berlaku banyak
jenayah di mana ia boleh meruntuhkan ekonomi dan pembangunan negara.
10. Setiap warganegara Malaysia khususnya perlu memegang erat lima prinsip rukun
negara di mana setiap prinsip itu mempunyai semangat dalam mengukuhkan tali
persaudaraan rakyat Malaysia.
2)
Pada masa kini kita dapat lihat pelbagai perspektif masyarakat tentang jihad. Hal ini kerana
sesetengah media barat cuba menggambarkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan
dengan perkataan jihad. Oleh itu, saya telah melakukan suatu temuduga di antara rakan-rakan
saya yang pelbagai bangsa di UKM untuk mengetahui pendapat mereka tentang jihad itu
sendiri.
Pandangan orang cina: Saya tidak begitu memahami apa itu jihad sebenarnya. Tetapi saya
tahu jihad bersangkut paut dengan agama Islam. Saya yakin setiap agama yang ada di dunia
ini tidak mengajar penganutnya untuk melakukan kerosakkan atau keganasan seperti yang
dikatakan barat tentang jihad.
Pandangan orang melayu: Jihad berasal dari perkataan arab ‘jahada’ yang bermaksud
bersungguh sungguh. Dari segi istilah jihad bermaksud berperang di jalan Allah. Namun
konteks jihad itu lebih luas dari itu sebagai contoh belajar juga merupakan jihad, mencari
rezki yang halal juga merupakan suatu jihad. Oleh itu, kenyataan barat mengenai jihad itu
sesuatu keganasan adalah tidak benar sekali. Itu hanyalah propaganda mereka bagi
memburuk burukkan umat Islam di mata dunia dan sebagai lesen agar perbuatan mereka yang
menyerang umat Islam seperti di Palestin, Afghanistan dan negara Islam yang lain tidak
dianggap sebagai suatu keganasan namun untuk membanteras keganasan tersebut.
Pandangan orang india: Pada mulanya saya menyangka jihad merupakan keganasan yang
dilakukan oleh umat Islam. Namun setelah saya di tingkatan 4 dan 5, saya mula sedar jihad
bukanlah suatu bentuk keganasan, namun ia hanyalah propaganda barat yang sentiasa ingin
menjatuhkan umat Islam.
3)
Tajuk: Tamadun dan Manusia
Jangan suka mengadu domba,
Kelak memakan diri binasa;
Di Timur Tengah dikenali Madana,
Yang bermaksud tinggi budi bahasa.
Suara merdu membisik pohonan,
Dinyanyi indah oleh Si Nyonya;
Tamadun mempunyai pelbagai terjemahan,
Sahsiah manusia sebagai contohnya.
Malam terang ditemani bulan,
Lagi indah jika berbintang cerah;
Kekuatan tamadun sumber pembangunan,
Membentuk masa depan yang cerah.
4)
Walaupun negara Malaysia penuh dengan konflik dan permasalahan politik, hal ni
tidak sama sekali menjadi punca perpecahan antara kaum. Hal ini dapat dibuktikan apabila
krisis pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013 di mana ianya telah meragut 68 orang
pengganas Sulu dan 10 orang pegawai keselamatan Malaysia (lapan orang anggota polis dan
dua orang anggota tentera islam). Semua warganegara Malaysia tidak henti-henti mendoakan
kesejahteraan pegawai keselamatan Malaysia yang bermati-matian menghadapi musuh
negara. Para pemimpin juga turut bersama-sama rakyat Malaysia menjadi tulang belakang
perjuangan pahlawan Malaysia.
Pada mengamatan saya, pada ketika itu Malaysia masih segar dengan krisis yang
melibatkan politik di mana Perhimpunan Bersih yang telah diwujudkan untuk menjatuhkan
pemimpin negara ketika itu. Agak janggal sekiranya perusuh yang telah menyertai
Perhimpunan Bersih itu kembal bersama-sama dengan pemimpin negara membantu pejuang
negara melawan musuh Malaysia. Walau bagaimanapun, peristiwa Lahad Datu itu telah
membuka mata warganegara Malaysia dalam membela nasib rakyat Malaysia yang
mempertahankan tanah Sabah dari dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
Menariknya krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 ialah kita dapat melihat sejumlah
pengkhianat Malaysia dapat dikesan dan dihukum kerana kesalahan memyebarkan rahsia dan
kelemahan negara kepada pihak asing. Cuba kita imbas kembali sekiranya pengkhianat ini
dibiarkan dan dilepaskan tanpa hukuman, pasti rahsia negara terbongkar dengan luasnya
kepada pihak luar.
No comments:
Post a Comment