NURFADZILAH BINTI SIRAJUDDIN A153945
1)
Terdapat beberapa cara yang bole diaplikasikan agar tamadun Malaysia akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor ialah rakyat
Malaysia harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam semua aspek dan
sentiasa nerfikiran kreatif dan inovatif. Rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka dan
mempunyai daya saing yang tinggi. KEgigihan yang dinamik dan keberanian untuk
menanggung risiko harus ada pada setiap rakyat Malaysia. Kerajaan Mlaysia juga
harus menekankan kemjuan dalam bidang pendidikan supaya dapat melahirkan ramai
cendekiawan yang dapat berfikiran secara rasional. Rakyat Malaysia harus
bertoleransi dalam kehidupan seharian bersama penduduk yang berbilang kaum.
Sistem ekonomi dan pertahanan harus dipertingkatkan mengikut peredaran masa.
Rakyat Malaysia juga harus bersifat berdikari dalam semua hal tanpa bergantung
dengan kerajaan semata-mata. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai
oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat. Seseorang rakyat juga
haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk
mewujudkan keamanan dalam negara.
2)
Berdasarkan temuduga saya dengan salah seorang rakan saya yang berbangsa
Melayu, beliau telah mengemukakan beberapa pandangan berkaitan dengan isu ini.
Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa orang Barat sering kali salah tafsir konsep
jihad dalam Islam. Jihad mempunyai maksud yang sangat spesifik iaitu berubah ke
arah kebaikan. Bukan sahaj diaplikasikan dalam perang menggunakan keganasan
tetapi dalam kehidupan seharian juga. Contohnya jika seorang pelajar berusaha untuk
menghadapi peperiksaan dengan baik, itu dinamakan jihad dalam konteks Islam.
Peperangan atau keganasan yang dilakukan oleh segelintir Orang Islam tidak boleh
sama sekali dikaitkan dengan perkataan Jihad. Keganasan atau peperangan yang
dilakukan demi kepentingan sendiri atau dengan JIhad kerana JIhad merupakan salah
satu usaha untuk berusaha ke arah kebaikan yang mementingkan kesejahteraan
bersama.
Apabila saya menemu duga salah satu kawan saya yang berbangsa India , beliau
pula menyatakan bahawa mungkin segelintir orang Islam mengunakan kekerasan
demi meluaskan agama mereka tetapi hal tersebut tidak boleh diambil sebagai Islam
merupakan agama yang mementingkan keganasan kerana beliau mengatakan bahawa
berdasarkan pengalaman beliau bergaul dengan orang Islam, agama Islam amat
mementingkan keharmonian. Beliau tidak memahami akan konsep Jihad tetapi beliau
menyatakan bahawa tindakan orang Barat menonjolkan Islam adalah agama yang
mementingkan keganasan adalah sesuatu yang tidak tepat kerana keganasan
merupakan sesuatu yang dipilih apabila seseorang tidak mendalami agama mereka
dengan betul.
Rakan saya berbangsa Cina pula menyatakan bahawa tindakan orang Islam yang
memilih cara keganasan merupakan tindakan yg salah tetapi pada masa yang sama hal
tersebut tidak boleh disimpulkan sbagai Islam merupakan agama yang menggunakan
keganasan kerana beliau menyatakn setiap agama pasti mangajarkan yang baik sahaja.
3)
NIKMAT TAMADUN
Mari kita imbau
Selembar demi selembar
Episod pembangunan tamadun tanah air
Terdapat berbilang tamadun setia bergema
Yang berbeza budaya ,agama dan bangsa
Dikenali Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina
Inilah barisan peninggalan pemugar tamadun bersusila
Tamadun islam menekankan kesejahteraan sesama manusia
Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi asas pegangan sentiasa
Tamadun India pula digelat Jampu Dripu
Yang mewarisi Rig, Sama, Atharva dan Yajur
Agama Buddha dimegahkan oleh Siddharta Gautama
Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia adalah untuk mengatasi samsara
Perbuatan jahat dijauhi untuk menhindari karma
4)
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun terdapat
perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik. Keamanan dan kedamaian ini dapat
dikekalkan kerana toleransi antara pelbagai parti politik. Justeru itu, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yangmembolehkan kita duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.Persefahaman yang
telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara pelbagai
pihak kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah
terjalin sejak sekian lama.
Apabila negara kita diancam oleh pihak luar, pada masa inilah semua pihak harus
brnganding bahu dan bertolak ansur sesama lain bagi mengelakkan pihak luar
mengambil kesempatan atas negara kita apabila telah wujud perselisihan antara pihak
politik kita sendiri. Sesebuan tamadun hanya akan mengecapi keamanan yang nyata
apabila terdapat pihak yang bersifat terbuka dalam menerima pendapat orang lain dan
kekurangan dalam diri sendiri demi kesejahteraan bersama. Apabila terdapat situasi
yang sengit dalam melibatkan kepentingan rakyat, pihak yang bertanggunjawab harus
mengambil keputusan yang wajar dalam memberi keutamaan kepada rakyat dan
bukannya hanya mementingkan pendapat masing2 yang akan menguntungkan satu
pihak sahaja.
No comments:
Post a Comment