ASSIGNMENT 1
Nurul Nadiah bt Abd Rahim A153823
1)
Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa
berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang
bakal berlaku.
Semua pihak berusaha mengamalkan nilai-nilai positif seperti toleransi dan saling
menghormati antara satu dan lain.
sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat
membantu meningkatkan taraf kehidupan.
Mempunya ilmu pengetahuan yang tinggi dan sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa.
Berfikiran futuristik terutamanya dalam merancang sesuatu perkara untuk mendapatkan
kesan yang memberi impak yang besar pada masa akan datang.
Mempunyai daya saing yang tinggi dalam diri masing-masing untuk melatih diri menjadi
insan yang berjiwa kental.
Bersatu padu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun negara.
Mematuhi Rukun Negara
Mempunyai nilai moral yang tinggi dalam diri masing-masing.
Memupuk diri untuk menjadi rakyat yang berkemahiran tinggi dan mampu berbakti
kepada negara.
2)
Pandangan Melayu
Sebagai orang melayu yang beragama Islam,tidak sewajarnya semua manusia yang
beragama Islam dipulaukan dek keganasan yang dilakukan oleh kelompok kecil yang
menyalahpakaikan definisi jihad dalam kehidupan seharian mereka.Sekiranya masyarakat
beragama Islam memegang konsep keganasan dalam menegakkan agama,kehidupan
aman masyrakat majmuk di malaysia sukar untuk dikecapi.Kehidupan masyarakat di
Malaysia kini cukup harmoni dan isu-isu rusuhan kaum tidak lagi dibangkitkan. Hal ini
demikian kerana, sikap ketamadunan dan saling menghormati antara satu sama lain telah
dipupuk dalam diri masing-masing demi menjaga hubungan baik antara satu sama lain.
Pandangan Cina
Dari perspektif masyarakat Cina,setiap agama mempunyai kepercayaan dan hak masing-
masing. Tidak sewajarnya isu-isu keganasan ini dibangkitkan dan menyalahkan kesemua
masyarakat yang beragama Islam.Sebaliknya,seharusnya kita mendengar pendapat dan
penjelasan daripada mereka sebelum bertindak melakukan sesuatu yang boleh menggugat
hubungan baik antara kaum.Kebanyakkan rakan-rakan yang beragama Islam di Malaysia
mempunyai perwatakan yang baik dan sentiasa prihatin terhadap persekitaran
keliling.Tidak seperti yang diuar-uarkan oleh masyrakat daripada negara
luar.Malah,masyrakat muslim di negara China juga masih menghormati kepercayaan
masing-masing walaupun mereka adalah daripada bangsa yang sama.
Pandangan India
Dari sudut pandangan warga India,masyarakat Islam merupakan masyrakat yang sangat
prihatin dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dapat dilihat
melalui perayaan yang disambut oleh mereka seperti perayaan Hari Raya
Aidiladha.Perayaan ini disambut dan dikunjungi oleh masyarakat daripada pelbagai kaum
dan etnik tanpa mengira pegangan agama masing-masing. Disamping dapat mengenali
mereka dengan lebih rapat,kami juga dapat menambah pengetahuan tentang adat-adat dan
budaya mereka sewaktu menyambut perayaan tersebut.Tiada isu-isu sensitif yang
dibangkitkan apabila bergaul dengan mereka dan mereka lebih berfikiran terbuka dan
gemar menerima pandangan daripada orang lain.
3)
Dunia kini semakin pudar,
Ketamadunan suatu ketika dahulu,
Semakin dilupakan.
Masyarakat kini semakin alpa,
Kemodenan yang dicetuskan,
Mengaburi mata mereka.
Tiada lagi penghargaan buatmu tamadun,
Yang menjadi permulaan,
Kejayaan dunia kini.
Siapakan yang harus dipersalahkan?
Siapakah yang seyogianya mengambil tindakan?
Ayuh! Marilah kita mulakan langkah baru.
4)
Salah satu keadaan yang dapat menyatukan semula semua rakyat adalah apabila
pengaruh-pengaruh Barat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Apabila rakyat sedar akan keburukan pengaruh luar ini, mereka akan
berusaha untuk memartabatkan kembali budaya-budaya di Malaysia dan ini
melibatkan semua bangsa yang terdapat di negara kita. Sebagai contoh, kita dapat
melihat bahawa pemakanan rakyat Malaysia semakin tidak sihat dan menjejaskan
kesihatan mereka. Kemasukan makanan ringan seperti Mc Donalds dan KFC sedikit
sebanyak mengubah cara kehidupan rakyat Malaysia. Makanan-makanan ringan
seperti ini merupakan salah satu faktor bilang penduduk yang menghidapi penyakit
obesiti di Malaysia semakin meningkat dari masa ke masa.
Selain itu, keadaan yang dapat menyatukan semula rakyat di Malaysia apabila
mereka menyedari akan keburukan penggunaan telefon pintar pada usia muda.
Kanak-kanak kini lebih gemar meluangkan masa bersama-sama telefon pintar mereka
berbanding keluarga. Hal ini mula menjadi kerisauan penduduk di Malaysia kerana
ramai kanak-kanak sudah tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain dan semakin
jauh daripada keluarga. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara telah dilakukan
bagi mengatasi isu yang semakin membimbangkan ibu bapa ini,salah satunya adalah
dengan menyiarkan iklan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
keburukan penggunaan telefon pintar pada usia muda.
No comments:
Post a Comment