ASSIGNMENT 1
Nor Syahirah Binti Mohd Amri A154362
1)
Masyarakat mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas agar Malaysia
terus berdiri seiring dengan negara-negara maju lain terutamanya dalam mengejar
arus kemodenan teknologi kini.
Untuk mengekalkan keutuhan Tamadun Malaysia, rakyat Malaysia mestilah
mempunyai jati diri yang kukuh dan mempunyai semangat cekal untuk
mempertahankan negara.
Masyarakat Malaysia mestilah berfikiran terbuka untuk menerima sebarang
berubahan dalam tampuk pentadbiran,ekonomi dan kemajuan negara untuk
mencapai wawasan 2020.
Masyarakat Malaysia haruslah bersifat produktif untuk memajukan negara
daripada segi prestasi ekonomi dan taraf hidup mereka.
Menerapkan nilai-nilai patriotisme ke dalam diri masyarakat agar rasa cinta
terhadap negara terus utuh.
Memupuk perpaduan, bersatu padu dan kerjasama diantara kaum dalam apa
jua keadaan agar tidak berlaku kacau-bilau demi mengekalkan kedaulatan negara.
Sifat disiplin yang tinggi merupakan teras kepada kejayaan perlulah diterapkan
dalam masyarakat Malaysia.
Masyarakat haruslah bersifat dinamik untuk membina kesepaduan sosial melalui
interaksi dan amalan harian secara langsung langsung atau tidak langsung secara
berterusan.
Masyarakat mestilah berani menanggung risiko seiring dengan konsep berani
mencuba perkara baru untuk meningkatkan taraf hidup.
Masyarakat terutamanya remaja haruslah mempunyai sifat kewibawaan sebagai
persediaan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang pada masa akan dating.
2)
Jihad merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam. Konsep jihad telah menjadi isu
yang berbangkit dan sensitif dikalangan masyarakat dunia hari ini akibat daripada pelbagai
fahaman yang salah terhadap pengertian jihad. Jihad merupakan salah satu cara yang digunakan
oleh daulah islam untuk menyebarkan serta menyamapaikan ajaran Islam.
Pada pandangan orang cina dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, jihad sering kali
digambarkan sebagai satu lambang keganasan dan pembunuhan. Bukan itu sahaja, mereka juga
menganggap bahawa agama islam ditegakkan dengan mata pedang. Seperti yang kita tahu, media
barat sentiasa melabelkan islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan. Hal ini ditambah
pula degan pertubuhan yang berbentuk jihad seperti Al-Qaeda, Taliban dan yang terkini adalah
ISIS (the Islamic State of Iraq and Syiria). Al-Qaeda mula mendapat perhatian yang tinggi di
mata dunia apabila melancarkan serangan 11 September 2001 terhadap bangunan WTC dan
Pentagon di New York, Amerika Syarikat. Sehubungan itu, mata dunia mula menunding jari
terhadap agama Islam. Fahaman ekstremisme kumpulan militan ini telah menggunakan alasan
jihad untuk menghalalkan keganasan yang dilakukan. Justeru itu, konsep jihad dalam Islam telah
menjadi salah satu faktor yang menyebabkan masyarakat dunia menganggap Islam sebagai
agama yang kejam. Terdapat juga sebahagian daripada masyarakat bukan islam di Malaysia
mempunyai persepsi negatif dan memandang serong terhadap undang-undang, nilai-nilai dan
budaya yang dibawa oleh Islam. Ada juga yang beranggapan bahawa undang-undang Islam
bersifat kuno dan sebagainya,
3)
Tamadun…
Telah berkali kau hadir,
Berbeza nama,
Berbeza agama,
Berbeza caranya,
Berbeza kekuatannya,
Namun, matlamatnya tetap sama,
Mencipta keagunan,
Tamadun gemilang dimata dunia,
Membangun menjadi contoh,
Panduan kita,
Demi mencapai misi,
Membangun nusa jaya,
Demi bangsa dan negara,
Hargai tamadun kita.
4)
Dalam suatu tamadun, terdapat perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik yang wujud demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Tamadun Malaysia juga tidak terkecuali daripada
mengalami permasalahan sebegini. Seperti yang sudah diketahui umum, Malaysia adalah sebuah
negara yang sangat unik, dimana terdapat pelbagai kaum seperti melayu, cina dan india yang
hidup bersama dibawah satu pentadbiran negara. Setiap kaum atau setiap individu semestinya
mempunyai usul atau pendapat tersendiri untuk mentadbir, mengukuh dan memajukan negara
daripada pelbagai aspek. Oleh itu, semua masyarakat pelbagai agama, budaya dan bangsa mesti
bersatu semula demi masa depan tamadun.
Pada pendapat saya, rakyat Malaysia mestilah bersatu padu apabila terdapat ancaman luar
yang mampu menghuru harakan kedaulatan negara. Pertahanan bagi sesebuah negara juga
banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat
daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara. Hal ini demikian
kerana, hubungan yang harmoni di kalangan rakyat secara tidak langsung akan mewujudkan
sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.
Negara yang kacau bilau terdedah kepada ancaman luar yang melihat ini sebagai peluang campur
tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara sama ada secara halus atau pun
terang-terangan.
Seterusnya, rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk menanggani masalah kemerosotan
ekonomi. Masalah yang sebegini akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara.
Perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat akan memberi satu imej yang kurang baik
kepada pelabur-pelabur asing dan menyebabkan mereka enggan melaburkan modal di negara
kita dek kerana berasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan
perniagaan mereka. Natijahnya, rakyat akan hidup menderita akibat kenaikan harga barang
secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada pelabur di
dalam mahupun dari luar negara. Malah, taraf hidup penduduk juga akan menjadi rendah akibat
ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang demikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi
salah satu factor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
Akhir kalam, hubungan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni merupakan elemen
yang sangat penting bagi neagara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin ekonomi dan
politik negara. Justeru itu, hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan
kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan
komited untuk melaksanakan tugas dan taggungjawab masing-masing.
No comments:
Post a Comment