MUHAMAD HAZWAN BIN HARUN A152983
1)
1. Perpaduan penting sebagai satu cara merapatkan jurang antara kaum di Malaysia
2. Mata pelajaran sejarah penting untuk generasi muda menghargai nilai sebuah
tamadun.
3. Setiap individu hendaklah sentiasa menerapkan sifat memajukan diri dari segi akhlak
dan berusaha membentuk sahsiah yg cemerlang.
4. Hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan bagi meningkatkan mutu
kehidupan manusia dari sudut fizikal seperti pembangunan agar seiring dengan
perkembangan zaman globalisasi ini.
5. Menjadi seorg rakyat yg patriotik dengan menjaga rahsia dan kelemahan Kerajan.
6. Pemimpin yang dipilih hendaklah bersikap adil dan saksama terhadap semua bangsa
di Malaysia bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati oleh bangsa lain.
7. Setiap masalah hendaklah di selesaikan dengan cara yg berhemah contoh nya seperti
berdialog agar pertumpahan darah dapat dielakan.
8. Setiap ibu bapa dan masyarakat perlu mendidik golongan muda terutama kanak-kanak
akan nilai murni dan pengajaran agar nilai ini terbentuk dan tersemat dalam naluri
sejak kecil lagi.
9. Undang2 memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan masyarakat di sebuah
negara.
10. Rakyat Malaysia hendaklah memegang erat prinsip nilai murni dan rukun Negara
dalam kehidupan seharian.
2)
Pada masa kini kita dapat lihat pelbagai perspektif masyarakat tentang jihad. Hal ini kerana
sesetengah media barat cuba menggambarkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan
dengan perkataan jihad. Oleh itu, saya telah melakukan suatu temuduga di antara rakan-rakan
saya yang pelbagai bangsa di UKM untuk mengetahui pendapat mereka tentang jihad itu
sendiri.
Pandangan orang cina: saya kurang arif tentang maksud jihad tapi menurut bacaan saya jihad
adalah seperti satu semangat atau keazaman membela agama atau bangsa..lain sekali dengan
definisi barat tentang jihad. Saya tidak pasti tentang kesasihan definisi jihad tapi tiada agama
mengajar keganasan pada pengikutnya, jadi saya pasti jihad bukan sesuatu yang buruk.
Pandangan orang melayu: Jihad berasal dari perkataan arab ‘jahada’ yang bermaksud
bersungguh sungguh. Dari segi istilah jihad bermaksud berperang di jalan Allah. Namun
konteks jihad itu lebih luas dari itu sebagai contoh belajar juga merupakan jihad, mencari
rezki yang halal juga merupakan suatu jihad. Oleh itu, kenyataan barat mengenai jihad itu
sesuatu keganasan adalah tidak benar sekali. Itu hanyalah propaganda mereka bagi
memburuk burukkan umat Islam di mata dunia dan sebagai lesen agar perbuatan mereka yang
menyerang umat Islam seperti di Palestin, Afghanistan dan negara Islam yang lain tidak
dianggap sebagai suatu keganasan namun untuk membanteras keganasan tersebut.
Pandangan orang india: saya berpendapat jihad ini wujud dalam fikiran pengikut yang fanatik
sahaja atau lebih mudah pengikut yang berfahaman radikal. Ini sangat memberi impak
kepada agama tersebut kerana dek kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
3)
Seorang kanak-kanak
Bersari bergelang kaki
Bertindik hidung menguntum seri
Melihat telatah manja
Si comel berdua, bermain, dan tertawa
Dirinya bagai digamit bermain bersama
Berkongsi kemesraan
Menterjemah makna ketamadunan
Ah, kanak-kanak
Biar berlainan agama
Biar berlainan bangsa
Mereka saling bersalaman
Dan berpeluk mesra
Tanpa menghiraukan adat dan budaya
Membina keakraban tanpa curiga
Membentuk perpaduan tanpa prasangka
Bersatu hati membentuk jati diri
Ke arah wawasan lebih bererti
4)
Peristiwa 13 mei yg meragut banyak melibatkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa
dengan keganasan. Konflik ini sangat menghibakan seluruh negara dan memberi impak yang
besar kepada negara kita.
Walaupun begitu, negara Malaysia yang penuh dengan konflik dan permasalahan
politik menjadi lebih matang dan bersatu selepas cabaran demi cabaran. Hal ini dapat
dibuktikan apabila krisis pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013 di mana ianya telah
meragut 68 orang pengganas Sulu dan 10 orang pegawai keselamatan Malaysia (lapan orang
anggota polis dan dua orang anggota tentera islam). Semua warganegara Malaysia tidak
henti-henti mendoakan kesejahteraan pegawai keselamatan Malaysia yang bermati-matian
menghadapi musuh negara. Para pemimpin juga turut bersama-sama rakyat Malaysia menjadi
tulang belakang perjuangan pahlawan Malaysia.
Berdasarkan ingatan saya, Malaysia pada masa itu masih segar dengan krisis dalaman
contohnya Perhimpunan Bersih yang dikatakan sebagai satu komplot menjatuhkan pemimpin
negara. Agak janggal sekiranya perusuh yang telah menyertai Perhimpunan Bersih itu
kembali bersama-sama dengan pemimpin negara membantu pejuang negara melawan musuh
Malaysia. Walau bagaimanapun, peristiwa Lahad Datu itu telah membuka mata warganegara
Malaysia dalam membela nasib rakyat Malaysia yang mempertahankan tanah Sabah dari
dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
Pada persepsi saya, perpecahan berlaku disebabkan terlalu memikir perbezaan antara
kita, walaupun berusaha bermati matian, perkara seperti perpecahan,rusuhan, dan pergaduhan
antara kaum tidak dapat dielakan, tetapi takdir Allah lebih terang lagi nyata contohnya,
dengan peristiwa seperti pencerobohan Kesultanan Sulu itu, rakyat Malaysia bersatu padu
mempertahan kan negara kita, contoh lain ialah kes MH370 yang memberi impak penting
kepada negara kita
No comments:
Post a Comment